Apple dilihat masih mengekalkan dominasi pasaran tablet di dunia melalui penawaran iPad dengan pegangan pasaran sejumlah 31.9% dalam sepanjang suku kedua tahun 2021 yang lepas.

Melalui laporan IDC, Apple telah mengeluarkan sebanyak 12.9 juta tablet pada tempoh April sehingga Jun 2021 yang lepas telah menjadikan mereka berada di tangga pertama di dalam pegangan pasaran dunia. Sementara itu, Samsung yang memegang sebanyak 19.6% menduduki tangga kedua diikuti dengan Lenovo.

vocket-tech-news-ipad-1
Sumber Gambar: IDC

Apple merupakan antara pengeluar yang terawal dalam memperkenalkan tablet ke dalam pasaran. Apa yang membezakan iPad dengan tablet yang lain ialah pengoptimasian sistem operasi yang direka khas untuk paparan skrin yang lebih besar. Aplikasi juga boleh dijalankan dengan lancar seperti menggunakan peranti Apple yang lain.

Pasaran tablet dilihat semakin rancak pada hari ini memandangkan ia sudah boleh menawarkan fungsi seakan sebuah laptop. Syarikat pengeluar peranti Android yang baru seperti Xiaomi dan realme juga turut mengambil peluang dalam memenuhi permintaan di pasaran.

Berikut merupakan ulasan mengenai iPad generasi ketujuh yang berkuasa tinggi untuk kegunaan pelbagai aktiviti seharia.

Ulasan iPad Generasi Ketujuh: Tablet Yang ‘Fun’ Dan Berkuasa Untuk Setiap Aktiviti Anda

HUAWEI MatePad Pro, Tablet Khas Buat Golongan Profesional Dengan Penggunaan Harmony OS

Sumber